March 14, 2014

Silent Scream

Kehadapan kawan,
Maaf
Ini aku luahkan untuk riliskan sedikit tensi malam hari.

     Aku, seorang yang biasa. Tidak alim. Tidak banyak laras kecerdikan. Kurang keterampilan dirinya. Kurang mesra bila mula bicara. Tidak petah membutir kata-kata. Kekadang terterbit dusta dan dosa. Jarang-jarang aku nukilkan pahala. Tidak seperti engkau.

     Aku, seorang yang biasa. Tidak rajin menghadap guru. Tidak bernafsu kepada ilmu. Suka buang masa aku yang tidak tentu-tentu. Malu tidak kepada yang benar. Nakal seperti biasa. Tidak seperti engkau.

     Aku, seorang yang biasa. Pernah aku berkhidmat bersama engkau. Pernah aku ikut sahaja ke mana hala engkau. Pernah aku hancurkan hati teman lain sekadar melunaskan janji untuk ikut ke mana engkau menghala. Aku tidak kecewa dengan aksi itu. Itu semua kerana ilmu.

    Aku, seorang yang biasa. Tidak dikenali dengan sifat dan sikap yang baik. Aku yang ada sahaja cara untuk memungkiri janji. Ada sahaja. Tidak seperti kamu.
 
Sebelum berkhidmat, seorang guru muda ada pesan, "Ke mana sahaja kamu pergi, niatlah untuk belajar, jangan berniat untuk mengajar orang lain. Kerana ilmu itu milik Tuhan."
Ingat atau tidak?
Selepas itu aku sentiasa pegang akan prinsip itu. Tapi, telahan aku kepada gaya engkau sekarang jauh bedanya. Pada mata aku, aku lihat kamu galak menonjol untuk mengajar. Maaf kalau ayat ini mengundang rasa tidak sedap kepada engkau. Sebenarnya, aku cuma serlahkan kerisauan kerana banyak telah aku belajar daripada engkau. Terkadang aku memuja kamu sebagai guru aku walaupun kita setara.

Setakat ini sahaja luahan aku yang sentiasa senyap dan ada untuk khidmat apa sahaja material aku kepada engkau. Kerana aku tidak mampu untuk khidmat secara spiritual kepada engkau.