September 25, 2014

Tandas

Aku selalu juga tengok filem luar negara mahupun luar negara yang memaparkan aksi dalam tandas.
Haaaa... jangan gabra sangat. Bukan aksi terlarang atau aksi yang senonoh. Aksi biasa yang memang berlaku di alam realiti je. Maksud aku aksi di tandas lelaki, di mana dua orang kawan ataupun orang yang tidak dikenali bertegur sapa dalam tandas atau lebih rinci lagi berbual mesra. Apa jadah aku cerita pasal berbual dalam tandas pulak ni? Aku nak cerita yang sebenarnya tadi aku bertegur sapa dengan rakan sekelas aku orang Sabah dan berugama kristian. Itu aksi pertama kali yang berlaku dalam hidup aku. Adakah aku menipu? Adakah sebelum ini aku tak pernah berbual semasa berada di dalam tandas? Tidak. Aku tidak menipu sebab masa aku dan dia berbual tu kami sedang melayari kehidupan di 'sungai kecil'. Power juga rasanya. Macam berbual dalam telefon pun ada. Aku pergi 'sungai kecil' sebab aku gementar gila sebab risaukan pasal pembentangan aku dan kumpulan aku. Nasib baik tak kena bentang lagi minggu ni. Bahaya betul.
Sebagai menghargai hidup sebagai seorang marhaen, aku akan simpan kenangan tersebut.
Sekian.

p/s: Aku tulis sebagai memenuhi syarat yang aku dah lama tak menulis di blog ni dan juga rindu dengan arena pemblogan ni.