April 30, 2013

S E R A M

angin kencang benar waktu ini,
dikala senja ketuanan berlabuh singkat,
ada manusia yang mula gelisah,
ada manusia yang bertukar tingkah,
makin resah, marah,
posisi tubuh semua disembunyikan,
tetapi otak itu sedang bergerak berfikir,
biar dengan secangkir fitnah,
secubit tohmah gambar mainannya.

aku makin seram,
sedikit demi sedikt benda itu menghantui,
aku pun tak paham,
koyaknya poket minda kami,
serba salah bagaikan terapi,
tapi tak jadi,
dek perancangan rapi mereka,
si balaci.

kami ke mari bukan untuk berdendang hati,
kenapa dipulas ceritera sampai hati,
orang tua kami serta kerabat sahabat tetap di hati.
dengar cerita seram ini wahai penghuni.

Asabiyah

Merantau adalah job baru aku, study pulak kerja sepenuh masa tapi setiap waktu itu aku membuang dengan tenang masa-masa remaja-muda-dewasa sekarang. Apa yg aku tau dalam 5 hari tersebut aku perlu melangkah ke klas untuk mencari lmu pengetahuan dunia..
Dalam kelas aku ada beberapa sahabat handai yg memang ok, ada yg kcik,besar, tua, muda, bergaya, menawan, sopan, santun dan hal tersebut terselit jugak yg rare (tapi bukan jenis Kak Ton la).
Demikianlah pmerhatian aku.
tapi, dalam atmosfera bising seperti 'konspirasi bising internasional'-OAG tersebut ada jugak halwa yg menjentik gegendang hamba yg hina ini.
Asabiyah/Etnosentrik/Berpuak-puak dan mungkin byk lagi term yg kerap dipakaikan kepada 'puak' aku yakni budak Kelantan.

Picisan seperti aku telah dgr sejak berada di alam pakaian uniform putih hijau lagi. Tapi, waktu itu aku di tanah aku sendiri dan tak mengerti lagi untuk menjamah term-term itu. Aku banyak disogokkan dengan drama-drama Melayu/Malaya dan tidak terlepas untuk menonton filem the lejen P.Ramlee sejak dari pandai alif ba ta,ABC,123 lagi...perkara tersebut banyak membantu aku untuk hadamkan pendapat picisan tadi.
Bagi aku salah yang amat bagi orang berstereotaip sedemikian. Aku bantah. Aku bangkang.

Pertama, aku adalah budak Kelantan. Hidup aku dari 0 hingga 20 tahun dibawah jagaan bonda Rahimah dan bos besar Mustapha. Sederhana susah je hidup aku dgn mereka serta adik-beradik yg perangai pelik-pelik. Tapi pelik-pelik dan susah mana pun familiabang aku yang kedua antara lejen dalam kampung dapat masuk U. Pengalaman dia aku jadikan panduan da pedoman untuk belajar. Sekarang giliran aku dan aku tak lejen seperti beliau.

Eh, dah macam cerita epik pulak. Pasal asabiyah dengan abang aku sorang ni ada kaitan yg rapat jgk la. Abang aku ni bekas mahasiswa UM dan aku selalu la jgk update hidup dia sbagai plaja U. Apa yang aku perhatikan, dia langsung tak kekok untuk berkawan dengan budak2 negeri lain malah budak2 tersebut makin rapat dengan dia. Dipendekkan cerita, ada satu kisah time cuti sem ke mid-sem, ingat2 lupa pulak, abang aku bawak balik beberapa kawan dia untuk kembara di bumi 'budu'. Abah dan ma aku orang yang paling teruja dan aku tak tau kenapa. Sebaik sahaja abang aku bersama gerombolannya tiba, hidup aku seperti dianaktirikan. Abah ngan ma asyik melayan gerombolan tu je..

Setelah beberapa hari stay kat umah aku, gerombolan mereka blah. Aku nampak kawan-kawan abang aku da macam orang kelantan. Selepas habis cuti tersebut, aku pun contact abang aku untuk bertanya khabar. Perbualan kitorang diakhiri dengan pesanan abang aku, 'kawanlah dengan sesiapa pun tak kira di mana kita, bantulah mereka saat ada masa dan ketika, mungkin dengan cara itu sahaja mereka knal akan kita, bukan hanya untuk bergembira sahaja.'

Cerita ini hanya cerita benar+palsu+tokok tambah+hati aku.

April 24, 2013

riuh

atmosfera 
sekarang sedang berubah,
telah jauh umur aku dipacu,
tak terfikir pun masa berlalu,
tapi ada yang Maha Tahu,
tapi Dia tahu kita leka,
leka dunia dan isinya,
termasuk aku-si jahil nawaitu,

kadang-kadang kita rasa dari jauh,
rasa yang apa orang lain-hamba-rasa,
seksaan, penat, sakit, 
keluh yang tak bertangguh,
kita cuba merasa,
tapi tetap dari jauh,

ujian itu penanda nilai,
nilai kuat hati dan jiwa,
kita perlu rasa walau sekali,
supaya hati menaruh pada Ilahi,
Sang Ilahi perlu wujud,
dalam hati sampai kita mati,

mati itu pasti,
duduklah di celah mana pun kita,
kebal berapa lapis pun kita,
kuasa tujuh petala banyak mana pun kita,
mati itu janji.

(terlahirkan tulisan ini dari kawan untuk kawan)

April 22, 2013

strata

mungkin sudah di agak,kali ini salah,tapi ada mungkin boleh,setiap lapis-lapisnya,terisi reruang yang lohong,

apabila aku senang,penuh lohongnya,sedih melawat penat,tiada nampak kelibat,manusia tiada yang kaya,semua papa kedana,kalau kau kaya,harap bertemu jua di syurga,itupun kalau aku juga kaya(nanti).

aku manusia kau manusia,sama-sama jaga harta,harta yang di 'kilik' sentiasa,hati lari sebab syaitan durjana.hapus sahaja lapis durjana,kita pasti gembira.Di sini atau di sana?

April 21, 2013

K E J A N G

terik matahari tembus,
kala itu mereka berkeliaran,
begitu juga di alam lain,
diam-diam terus payah,
mengah lelah wajib dimamah,
bukan amanah tapi sumpah,

sikit waktu,
aku tidak lagi tunggu
kerana,
aku pergi
walau tak dijemput,
walau tak diterima,
walau tak ditolak,
walau takdir.
hadirlah kau.

April 20, 2013

hidangan

kita belari-lari,
guru mengejar
apa dunia ini buat?

tiada tenang dalam tenang pun,
masing-masing dengan taktik,
masing-masing nak jadi semua,
rambo,
lone ranger,
psiko,
gerilla,
kolonis,

kadang-kadang terlepas,
terlupa ada yang paling besar,
terus timbul bahana,
lalai walau sementara,

menu kali ini banyak perisa,
tiba-tiba muncul wujud,
entah dari mana,
aku ada terpengaruh dengan ramuan baru,
sakit,mengah,penat
bukan aku seorang
lain-lain pun sama.

m a y a

aku berkhidmat untukmu,
aku berkorban untukmu,
aku berdiet untukmu,
aku berjimat untukmu,
aku bercermat untukmu,
aku...
segalanya untukmu.

kalau ada 25 jam,
kalau ada 8 hari,
kalau ada 13 bulan,
kalau ada semuanya,
kalau ada hari-hari,
kalau ada...
masaku hanya untukmu.

yakin tidak yakin aku ingin memiliki harimu,
yakin tidak yakin ingin kau setiap waktu,
yakin tidak yakin kau sentiasa menarik nafsu,
yakin tidak yakin dia juga ingin kamu,
yakin tidak yakin kalian juga tahu nafsu itu,
yakin tidak yakin mereka sememangnya tahu,
yakin tidak yakin...
aku
dia
kau
mereka
kalian
kita
tahu bahawa kamu ini berahi nafsu.

nafsu yang sentiasa buang nafsu,
nafsu yang wajib buang masaku,
menatap mu setiap waktu,
aku meluah perasaan di alam mu,
kau saksi senggama minda nafsu.

bilakah kau mahu mati maya?

April 16, 2013

a i r


petang itu suhu meninggi,
jejaka itu perasan terasa sendiri,
kecamuk hati, akal, minda semua,
terus mencari tempat bercerita,
entah apa yang tidak kena padanya,

kecamuk hati,
kusut jiwa,
serabut minda,
dalam hatinya ada -Nya.

tapi tetap dia perasan lagi,
kecamuk itu tidak pergi berlari,
kelip-kelip sisip matanya 
teringat dua orang,
bukan dua,tapi tiga,
ma,abah,seorang lagi?
seorang lagi tak mengapa,biarkan,
jari kedingnya mendail nombor,
nombor seminggu sekali dua sahaja biasanya,
tapi dek kecamuk, hatinya jadikan tiga atau lebih,

beberapa detik terus capai suara ibunya,
terus kali pertama di tahun pengajiannya,
air kelopak hatinya sendiri tertumpah,
bukan sebab dimarah,tapi diramah,
air itu tawa gembira rasanya,

tambah imbuhan dengan hadirnya orang ketiga,
tidak semena-mena air itu ditambah,disimbah.

April 15, 2013

jilat

nah
kali ini aku betul-betul terpana
ego
buat aku bangga
kau
bagus dalam hayatmu
kau
memang dilahirkan begitu
atau
aku yang silap
atau
senggama jiwa mu yang lara

bagus
kau penyebab hati aku taksub
kau
begitu taksub
dia
tidak seperti kau
dia
biasa walau bersedih
kau
bahagia aku hancur.
puas hati?
T E R I M A  K A S I H 'kekasih'.

April 14, 2013

janggal janggal

kau mungkin sudah faham
atau pura-pura faham
atau masih tidak faham
buatkan aku betul-betul faham
yang kau masih tak faham
atau kau membuatkan aku faham
yang kau sudah benar-benar betul faham

justeru

aku hanya meneruskannya
untuk memahamkan yang apa kau faham
untuk memahamkan yang kau faham apa
untuk memahamkan yang kau faham aku
unutk memahamkan yang aku faham kau
lagi
untuk memahamkan yang kau aku faham
untuk memahamkan yang aku kau faham
FAHAM?

April 13, 2013

lampu

macam mana semua tercipta
akal huraikannya
satu hijau
satu kuning/oren
satu merah

manusia otomatisnya tau guna
manusia mudah teka apa nak buat
manusia mudah auta
manusia sanggah pun pakai auta
manusia
manusia.
dan
manusia

akhirnya masih tak tau.
senggama minda asyik selalu ada.

sesal

tatkala bulan tiada
banyak cerita mula diwarta
hilai tawa tak kira
air mata keluar juga

misi itu bukan misi individu
tapi misi anak bangsamu
terus bergerak bersatu
ke arah misi (macam) tak tentu

ku lihat dia remeh
pakaianku selekeh
siapa aku di sini
siapa engkau di sana

kau ada syafaat untuk dikurniakan?
harta banyak mana yang kau ada?
semua mengejar dunia
dengan dunia itu aku juga mahu berjaya.

sesal dahulu baru berguna!
SILAKAN

April 9, 2013

bengkak

cubalah rasainya 
dengan halwa deria lima
pasti tak terucap seribu kata
memang kau ketawa
pertama atau dua kali melihatnya

cuba kau tenang
cuba kau kenang
jadilah orang

memang ayat-ayat jiwang 
akan disayang-sayang
tapi perasaan itu datang
tanpa diundang.

cubalah dalaminya.
suka atau sakit?

janggal

awal mulanya
kau biasa

pertengahannya
kau biasa-biasa

klimaksnya
aku yang biasa

akhirnya
bila?

siapa kau sebenarnya?
apa fungsi kau?
makin hari makin menjadi
fungsi kau makin jelas
tapi,
aku janggal
reaksi kau biasa sahaja.

April 7, 2013

masa yang bodoh

tiba masa 
mereka merasa
rasa gembira
rasa risau
rasa marah
rasa dan rasa
pelbagai perkara
yang dirasa

waktu sedang tiba
hati-hati
tohmah fitnah
umpat cela
caci maki
caca marba
betapa bodoh masa ini

masa ini
kau peganglah talimu
jangan kau tumpahkan
ombak yang sia-sia
ombak yang mendajalkan
haru biru wilayahku 
dengan umpanmu itu.

Wilayah adalah maruah
tidak boleh berbalah
atau tumpah darah.

Penakut(bukan Yuna)

Hari bersilih ganti
Kerahan infantri fitnah maki
Marhaen menagih simpati
Seliaannya ikut hati yang mati
Anak-anak isteri goyang kaki
Tapak kaki tidak berkesan pergi

Hari yang dinanti tidak dinanti
Risau hari membelah naluri
Marhaen asyik menagih simpati
Tempoh tamat dinanti tamat
Riwayat marhaen asyik kian pudar
Muhukah mereka pandangan kabur
Dendangan perwira latar tabir
kian mudah terdengar
Curut,cigar mudah dihadam
Sampah media tinggal baki
Marhaen tadi makan sisa dan baki

Hari ini kau pilih ikut kata
pembantu kaya itu
Kemahuan marhaen dituruti
Itupun kerap kau didakwa kecut perut
Bergilir-gilir
Marhaen syukur dan ucapan
terima kasih dipalu
Bisamu bukan hilang
Malah disimpan
Kau susunkan barisan empukmu
yang dinodai mewah harta benda
tetapi gelaran paling atas
kau penakut.

bacul

kau berasa benar
apa ucapan,luahanmu
saat hati bermain 
seperti matang
kau lupa 
kau menumbuk rusuk hati manusia

manusia 
nipis hatinya
kaca jiwanya
tisu fikirannya
botol akalnya

darah mudamu menderum enjin nafsu
halal kau cari
matlamat kau hinakan diri
akhirnya
tanggung belahan mulutmu
hirisan kata-kata bacul yang
dulu kau berani sembur.