Heh!
Entahlah apa yang aku fikir sekarang.
Rasa down gila. Taktau kenapa.
Rasa down gila. Gila down rasanya sekarang.
Tapi taktau.
Banyak kemungkinan.
Banyak perbincangan.
Bukan aku down sebab MH370 masih tak berbicara.
Bukan aku down sebab aku tak pernah naik MAS.
Bukan aku down sebab kasut futsal aku saiz 8.5 UK berbanding kasut dulu yang saiz 7.5 UK.
Bukan aku down sebab kaki aku sakit kena rempuh masa main futsal.
Bukan aku down sebab takda orang yang nak sewa motosikal aku lagi.
Aku rasa aku down sebab belajar.
Aku rasa aku down sebab dah add subjek Communication on Computer Network.
Aku rasa aku down sebab banyak benda yang basic, aku taktau.
Aku rasa aku down sebab semester ni terasa berat untuk aku tempuh.
Aku rasa aku down sebab semester ni subjek sangat mencabar
Aku rasa aku down sebab semester ni banyak program dan acara.
Aku rasa aku down sebab aku masih terkial-kial bercakap bahasa asing, apatah lagi bahasa melayu Sarawak.
Aku rasa aku down sebab aku taktau kenapa aku sangat down.
Aku rasa aku down sebab aku taktau nak cakap macam mana rasa down dia sekarang.
Down gila rasa sekarang.
Aku down sebab aku tau korang akan nasihatkan aku supaya ingat Tuhan, sedangkan masa ni memang aku cuba bertenang dan ingat Tuhan.