June 15, 2013

Hujan(koleksi dari gudang mukabuku)

by Akhimullah Mustapha (Notes) on Tuesday, 24 April 2012 at 23:29

'oh hiba
memang waktu ini engkaulah temanku
harusku teruskan hidup
walau pun perit tanpamu
doaku agar engkau sentiasa bahgia'

titik-titik hujan mulai jatuh
saat banyak dara mula luruh
iman yang dipegang makin lusuh
banyak doa dan nasihat dipertaruh

jauh di bucu meja
set telefon tangan murah dicapai
didailnya digit nombor lusuhn satu persatu
nombor seseorang yang ditunggu-tunggu
beberapa detik terdengar suara garau anak muda menyahut
lantas ibu itu memulakan bicara:

"assalamualaikum"
"waalaikummussalam"
 "bilo nok keliknyo...?oyak abih pukul 8"
"ore nk kelik doh tadi,uje la ma..."
"ni uje nk serek doh,nk kelik dh la ni.."
"takpola gitu gak,kelik-kelik cepat la.."
"abah mu gegey doh nuh.."
"ho.takpola,ore nk kelik doh ni.."
"asslamualaikum"
"waalaikummussalam"

hujan,walaupun air tapi sukar untuk ditempuhi
barangkali sejuk yang menghalang hasrat pemuda itu
untuk pulang bermalam dirumahnya dipinggir bandar yang lesu
tatkala jam menunjukkan 2328

Rasional(barang lama dari gudang mukabuku)

by Akhimullah Mustapha (Notes) on Tuesday, 24 April 2012 at 13:49

sebelum diiktiraf
Muhammad dadanya dibelah,
tujuannya
untuk bersih,

sebelum perut dipenuhkan
tangan dibasuh,
tujuannya
untuk bersih,

apa-apa yang sebelum
mesti ada yang tujuannya,
tujuannya
yang molek kekal bersih,
yang rosak bakal elok,
yang bersih makin indah,
jadi
bersih itu indah

(iklan tv3 habis,sekarang berita luar negara oleh Gina Woon)

Repitasi

Seharian kau mengaduh,
tak payah nak mengaduh,
orang lain dah lama mengaduh,
terhantuk, terhentak itu memang aduh.

Berbulan-bulan orang mengaduh bising,
kau aduh seharian tidak perlu pusing-pusing.
Selamat berjuang selamat bertanding.

#Aku yang asing.

June 14, 2013

Harung

Hari ke hari aku memikirkan apa yang bakal jadi. Jenuh. Gaya hidup yang rapuh langsung mengiyakan lagi kejenuhan itu. Apa nak jadi, aku fikir. Apa telah jadi, fikir lagi. Apa yang aku nak ia terjadi, sentiasa aku fikir.

Betullah apa orang-orang dulu/veteren/tua/otai/lejen/power/berjaya/kaya dsb cakap, MENYESAL KENDIAN TAK BERGUNA LAGI...Kecuali menyesal kau reject perempuan cun...
Aku rasa masa sesal aku tak sampai lagi. Mungkin kali inilah. Tunggu masa je.

Aku mungkin orang kata tak sedar dek untung. Tak bersyukur. Aku ada seorang. Aku ada orang-orang yang support aku walaupun aku tak hot/femes/taf/bergaya dsb...kenapa aku sombong sangat. Kenapa?

Kaunseling, 'basuh otak' dan segala macam dorongan aku rasa sangat-sangat dan sangap diperlukan untuk bangkitkan aku. Siapa aku. Macam mana aku. Aku, aku, aku, aku, aku...

*dsb bermaksud 'dan sebagainya'.

June 13, 2013

Kaget

Muka bagus. Masuk terus. Duduk tanpa rakus. Senyum bagai si kecil mulus. Bacaan ayat-ayat suci tak putus.

Namun, usaha kecil tetap akan berhasil. Banyak mana hasil yang nak dituai nanti? Secupak? Segantang? Sawah sebidang? Seluruh gunung-ganang?

Cuba la kau anjakkan diri kau tu sikit. Zon Selesa kau takat mana sebenarnya? Tak habis-habis kau ceriakan diri kau yang langsung tak ceria tu.

Mana maruah kau nanti? Kau ingat orang tak tunggu kau? Dia tunggu, tapi harap yang terbaik dari kau. Dia cuma buat-buat tak tahu. Kau pun tahu dia tunggu. Apa lagi kau tunggu-tunggu? Sampai nampak dungu? Dungu tu pilihan kau. 
Hebat pun pilihan. Kau pilihlah mana yang kau berkenan. Jangan asyik nak main perasaan kau sorang je.

Harap sangat kau beranjak. Anjak sebelum hati, akal, fizikal batin dan rohani kau kena sepak jauh-jauh oleh orang yang dekat, baik serta sayang kau tak kira dalam diam atau dalam bising.
Berubah.Tolong.Okay?

June 11, 2013

Mesej

Panjang pendek.

Ada yang paham,

ada yang kurang faham,

ada yang tidak faham,

ada yang langsung tidak faham,

ada yang langsung tidak mahu faham,

ada yang langsung paksa tidak mahu faham,

ada yang langsung memproses terus dibuang tanpa hadam.

Harapan aku moga pembaca faham. :D

June 10, 2013

Sarat

Jiwamg karat.
"Kau kena kuat. Sekuat harimau". Aku cuba imbau kenangan yg akan lemau. 
Siapa saja akan suka kalau kau senang dengannya. Kau rasa dia terima apa saja hamburan kata-kata kau. Baik, buruk, putih, hitam, legam sekalipun tetap kau akan rileks. Biasa. Macam dia mesin yg setia dengan kau.
Tapi kau kena mula sedar perihal dia. Perihal yg dia juga manusia. Punya nyawa, darah mengalir hingga akhir, perasaan berbaur pelbagai tona dan rona. Kau tak boleh set dia jadi yg lain kecuali kau ada kuasa Tuhan yg kau boleh ubah dia sesedap selera makan kau. Satu lagi, perihal dia punya rasa.
Kau manusia dia manusia. Bahan buatan dari material yg sama. Cuma hati dan perasaan kau tak boleh cipta untuk berkiblatkan keistimewaan yg sama.
Aku sedang mencuba untuk tidak menjadi saintis dengan ujikaji diri aku untuk disapu kimia supaya serasi dengan kau.
Aku sedaya-upaya mencuba. Lupa.

June 9, 2013

Tanya

Apa pendapat awak pasal pondan? Betul ke kita kawan dengan mereka maknanya kita sokong dan galakkan mereka?
Kalau ada yang 'special one' perlu ke contact 24/7?
Kenapa chat dengan saya? Saya ni dah la selalu tergolong dalam golongan stereotaip bebudak surau.
Kenapa awak nak kawan dengan saya? Geng surau tu kan ada.

Lebih kurang macam tu la persoalan yang diajukan kepada aku.
Senyum. Gelak pun ada.
Tak pernah lagi orang tanya pasal benda ni secara live di alam maya. 
Aku cuba jawab dengan ilmu cetek yang aku ada dan katanya bagus jawapan itu.
Bagus itu terpulang kepadanya penerimanya. Aku neutralkan apa yang patut, aku pesan, aku tegur apa yang patut. Kita semua sama. Ada Tuhan yang kita percaya. Tugas kita cuma lunaskan kewajipan kita sebagai hamba. Berbaik sangka amalan yang wajib dipraktikkan agar kita cuba dan boleh menjadi neutral dimana-mana. Benci sekalipun, larilah jauh, benci dengan kadar iman kita banyak mana. Kita ada tangan, mulut dan hati. Itulah alat membenci sejak azali. Aku percaya marah, dendam, dengki pasti wujud. Sama-sama kita transmitkan menjadi doa agar Tuhan tidak benarkan kita menjadi seorang yang Dia murka.
Doakan juga orang atau benda yang kita murka agar sentiasa dilindungi-Nya.
Sebarkan dakwah dengan cara yang paling hikmah. Sebarkan sayang sesama manusia. Sebarkan salam. Selamat bertegur sapa. Selamat segala.

June 4, 2013

Jodoh

orang kata,
benda ini rahsia,
rahsia sang pencipta,
kita semua perlu tahu itu,

Laman sesawang,
lembaran mukabuku,
bibir gadis sulu,
bibir lelaki palsu,
semua berkenan bicara.

Hamba ini biasa dalam tak biasa,
luahkan juga pekung di dada,
malu-malu biasa,
sama semua,
iman yang beda.

Iman,
tak terwarisi dari nabi.

June 3, 2013

KUAT

Prinsip kau memang prinsip kau,
orang lain juga ada prinsip,
tak kira betapa jahilnya kita,
aku hormati dan
aku cuba selami,
prinsip manusia hampir sama,
bahgia.

Menuju ke syurga,
jalan lain ke syurga,
liku itu berbahaya,
tapaknya harus kukuh,
prinsip juga sama,
harus utuh.

Hanya syaitan yang bahgia,
tempatnya neraka.
Ukuran manusia ke neraka sama,
kualitinya berbeza.
Selamat sejahtera pada yang celik.
Selamat sejahtera pada yang buta.
Hal ini hal kita.
Wajib ada.