May 19, 2012

Sumbang

suara kami tidak didengari si majoriti,
sedar kami akan nasib minoriti,
ketahuilah manusia punya hati naluri,
baik remaja dewasa perempuan laki-laki,

hati yang telah menyatukan kami,
dek kerana integriti hanya untuk dicemari,
letupan rasa benci semakin meninggi,
jalan raya wajib dijajahi,
biar mereka dengar keluhan si abdi,
mereka itu di tempat tinggi,
bagi mereka wang ringgit menjamin
kebahagiaan hakiki.

dasar ini bukan untuk menabur benci,
tetapi mengajak menggunakan aqli kurniaan Ilahi.

May 17, 2012

Cinta

sebarang waktu yang masih ada,
sepatah dua ayat memadai,
biarlah mereka dengan dunia mereka
berani mencengkam dasar hati,
mungkin gerak hati masing-masing
masih sangsi dengan deruan jiwa,
muda-muda inilah waktunya
gersang tak mudah alpa,
buruan minda dicakar
sang pemburu buta,
diselar kepakaran lembut lidah
sang buaya putar alam
setiap masa diguna sebaiknya,
si bunga rebah ditiduri
supaya ingatan misteri tidak
datang lagi,
inilah cinta masa silam baharu,
ada habuan menarik serakah pencinta.

May 16, 2012

Guru

waktu kecil
tak pernah terlintas siapa dia

ada yang garang
ada yang pendiam
ada yang cantik
ada yang comel
ada yang montel
ada yang segak
ada yang boroi
ada yang berprinsip
ada yang biasa-biasa
semuanya ada!

menjengah alam menengah
baru perasan siapa mereka
bertumus menolong
membantu semampu-mampu
beberapa detik bersama 
sebagai pengajar-pelajar
sebagai penjaga-anak
sebagai kawan-lawan

tapi,
jauh di sudut hati
pertolongan mereka ikhlas
tak kira apa jenis pertolongan
MENGAJAR itu wajib!
mendidik apa erti
sosial,ekonomi,politik,agama,petua,nasihat
terselit juga tips mengambil hati,
menambat hati wanita.

majoritinya ilmu yang diguna pakai
hari ini adalah daripada perkongsian mereka.
terima kasih bukan untuk hari ini,
tapi selama-lamanya.

May 15, 2012

Hebat


juara.patah kata yang sentiasa diagungkan,
tidak pasti disebalik nama itu,
fahaman terhadap perkara ini,
berkejaran untuk meraihnya,
banyak gaya lagak cara,
setiap agenda dan nawaitu di jiwa,
sebetulnya,
juara bukan berpaut pada nama,
tetapi nilai untuk menggapainya,

usaha mengejarnya,
tidak lupa kerajinan bersama,
gigih menggengdong beban malu,
tidak terdakap cabaran,
setiap saat berlari,
berlatih sedari bangkit,
hingga lewat tidurnya,
berkat usaha jiwa,
juara mendapatkan kita,
tetapi juara mudah lupa,
kita perlu merangkul
mempertahankannya kerana
sukar untuk
hidup dengan gelaran
JUARA!

(semasa tulisan ini dicetak,lagu Hafiz berkumandang,cinta itu ada noktah katanya)

May 14, 2012

Luar biasa


satu saat leka
banyak yang merana
luar biasa

satu kali kesalahan
bertalu-talu cemuhan
luar biasa

satu bentuk fokus
mungkin tidak berjaya
luar biasa

satu gaya kemenangan
berjuta ikutan
luar biasa

satu bahasa indah
terus terpana
luar biasa

satu buah fikiran
idea tercipta
luar biasa

satu kepercayaan
Allah tuhannya
SANGAT luar biasa.

Se-ayat

Dunia bersama mereka yang leka entah ke mana perginya rasa membuang masa bersama-sama ibu bapa yang sentiasa terasa tanpa kehadiran ceria rasa nilai indah permata pertama yang dijaga dibelai bak si kera bangga mendapat bunga oleh si gila tanpa nama yang bersedia mencurahkan jasa-jasa pada massa yang tidak penah merasa curahan jiwa apa-apa yang bernyawa demi cerita rekaan yang sentiasa dipentaskan dalam wayang tidak berbayar harganya di warung mahupun tempat lima bintang dunia yang ditukarnya sebagai neraka sementara diberi kepada mata lara sibuk mencanang menghambur kata-kata tidak sepatutnya dibaca golongan berusia dewasa remaja muda yang tidak tahu apa kemahuan setiap minda terukir di tinta mulut sang buaya berjanji untuk merencana setiap agenda bodoh dan celaka.

perkataan baharu

dulu,
perkataan ini hanya dipandang enteng,
dulu,
perkataan ini hanya terpampang untuk manusia,
dulu,
manusia yang sentiasa terguna oleh sangsi,
dulu,
akal tidak pernah teliti perkataan ini,
dulu,
minda tidak tahu makna ini.
kini,
susun kata ini dipegang setiap hari,
kini,
perkataan ini tersemat dalam hati,
kini,
tersedar potensi diri,
kini,
diri sendiri sentiasa usaha mengimprovisasi,
kini,
hanya perkataan ini yang diingini,
selamanya,
ini pegangan hamba,
selamanya,
sentiasa ada didada,
selamanya,
tiada apa,tiada siapa yang akan menghalangnya,
selamanya,
perkataan ini akan membantu,
selamanya,
ia akan kekal dalam iman manusia. 
PERCAYA