October 27, 2014

Jurang

Sekian lama bertempur perasaan ini dengan ego
Aku rendahkan ego,
dikit-dikit,
terus menjulang sedikit inzal
Biarpun hanya sedetik dua
aku mulakan,
atau juga mungkin dia yang mula
Entah. Jurang itu sangat indah
hingga aku lupa.
Namun,
saling kita merasa
Beban perindu dilayangkan ke angkasa ria
Biarlah orang kata apa
Tugas yang masih dalam misi digalas
Harta dan darjat diletak tingkat paling atas
Aku tidak akan rebah dengan peluang itu.
Peluang yang tidak mungkin datang
selepas aku merapatkan jurang yang mungkin
paling hampir pun sedetik dua.
Indah mungkin
walaupun aku kucup indah itu di alam siber.
Semoga kamu berbahagia walau sekadar
sedetik dua.

October 14, 2014

Ralat pagi

Buka mata.
Adegan yang lepas diulang aksi
terus kecewa dengan diri
hala apa yang ingin dibawa kelak.

Menekur masa
dihambat waktu
terus mata buka,
jiwa kaku.
Berlangsung segar sebuah motivasi
Kelangsungan hidup sementara
perlu hadap dan hadam
Perut jiwa yang meronta
perlu digari setia.

Ada kehidupan lain yang seksa
Tidak seperti kita yang selesa
Bangkit dengan kecewa
Lewat hari mungkin ada secebis suka
Hari sementara tepi panjang
Lumrah akan pejuang.

Ralat itu mengajar.
Masa terus mengejar.

October 8, 2014

23

Dua puluh tiga.
Nombor yang power juga la. Macam nombor jersi David Beckham masa pindah Real Madrid dulu. Siap jadi pemain termahal dunia pada masa tu.

Dua puluh tiga.
Aku search kat google dia bagi result filem Jim Carrey yang keluar. Aku baru tau. Cerita tu genre thriller psikologikal.

Dua puluh tiga.
Kalau ditukar ke sistem masa dua puluh empat jam akan jadi pukul sebelas malam.

Dua puluh tiga.
Ada manusia yang dah ada ijazah pada umur dua puluh tiga tahun. Tak tau la macam mana hidup diorang yang rajin sangat belajar ni. Haha
Ada yang baru bertunang.
Ada yang bernikah.
Ada yang dah beranak.
Ada yang berbisnes.
Ada yang masih belajar (sebijik macam aku).
Ada juga yang menganggur.

Apa ada pada dua puluh tiga bagi aku?
Dua puluh tiga haribulan Rabiul Awal (lebih kurang seribu empat ratus dua belas tahun / seribu empat ratus tiga belas Hijrah) aku dilahirkan [Kebetulan].

Gila betul bila google wish birthday. Kakakakaka


Apa makna dua puluh tiga sekarang bagi aku?
Aku masih gigih (cuba) meniti usia ini dengan menuntut ilmu untuk dunia dan juga untuk akhirat, insyaAllah (doakan diri sendiri).
Aku cuba melata di bumi ini dan mengenali riak perasaan insan-insan yang aku jumpa.
Ada yang gembira dengan kewujudan aku dan semestinya ada yang kecewa dengan aku.
Semua itu adalah perasaan.
Ada yang menggembirakan aku dan juga ada yang mengecewakan aku.
Semuanya perihal hidup, norma, karma dan balasan dari Tuhan.
Aku cuba hidup secara neutral dalam kalangan manusia dan birokrasi yang penuh hipokrit walaupun dengan cara yang baik proses itu dilihat di mata manusia.
Memanglah kita semua tak sempurna dan tak lepas dari noda dugaan dunia serta dosa.
Tapi, kenapa kita tidak mengenang pahala yang sudah bertimpa sebagai motivasi untuk lebih meraih pahala itu lagi?
Itu hanya pertanyaan sahaja. Jawab guna hati dan juga akal.
Tiada siapa bisa merawat keterlanjuran umur tatkala kita berharap masa dapat diundur.
Terlajak perahu boleh diundur, terlajak umur tua begitu sahaja.
Aku cuba meniti usia seneutral mungkin.

p/s: 'terlajak laris' gua fuck!

October 5, 2014

Tiga kali.

Kali ke tiga
Hari raya di kelainan atmosfera
Penuh citra cerita
Semua seakan berduka di kejauhan
Namun,
Duka itu dipinda jadi gembira
Gambar watak nan ceria dirakam indah
Demi sebuah kenangan

Bezanya,
aku cuba sendiri-sendiri
Jauhkan keinginan seperti mereka
Aku calit jalan secara individual
Tanpa insan yang banyak menyokong
Tanpa insan yang berat mengongkong
Cuba berdiri betul
Terus menaakul
Reaksi seperti mana yang terukir,
jika aku benar-benar kembali?