May 30, 2011

Gundik

Dirimu yang memukau,
Bagai dayang si Tuanku,
Namun ku terpaku,
Rebah pujuk rayumu,

Dirimu yang menawan,
Nafsuku tak terlawan,
Rela kawan jadi lawan,
Untukmu wahai perawan,

Dirimu yang digilai,
Menyerap serakah ramai lelaki,
Teringatkan kau dayang Tuanku,
Hamba merayu mendapatkanmu,

30 MEI 2011.1152

May 19, 2011

budak oh budak

'orang minyak' itu naik minyak,
apabila di tanya harga minyak puaknya,
itu lumrah la kata nya....
hak 'puak' dia...biarkanlah.
sebagai budak,
mestilah rebel,
hak kita mana?
kalau dah asyik jamah utusan puaknya,
mane la die nak fikir yang sebaliknya,
sebagai budak,
senyap jelah...
kalau mencelah,lagi naik minyak la...
pernah juga menonton video,
ade sorang bekas menteri cakap,
masa dio pegang (minyak) dahulu,
lapan tahun harga minyak same ja.
tak pernah nampak pulak video kat 'mainstream'..
kalau tunjuk kat 'mainsteram'
apa budak ni fikir kan??

sabarlah wahai BUDAK..

May 18, 2011

dansa

tak pernah ingin belajar,
tetapi nampak sedap bila orang berputar,
asyik berlegar-legar,
sampaikan tak sedar,
masa berlalu dan beredar

May 14, 2011

rasa


apakah kita
masih lagi serasa
hari demi hari
makin menyendiri
telah berubah
cara dan gaya
telah berubah
rupa agenda
ku tahu
cita-cita yang kau mahu
kau tahu
dirimu yang ku mahu
namun kita tetap tahu
nawaitu kita mahu
kejayaan bertamu

janji


saat pertama janji bersama
bersama walau apa jua bencana
bencana melanda diri derita
derita oleh janji bersama

Bunga


pabila mula disemai

ku tagih bahagia

janji ditabur


gembira bajanya

namun semakin besar

kau megah mekar

lupakah asal mu?

tertusuk duri mu

buat ku ragu

siapa dirimu?

kritikus


sunyi waktu ini,
dalam ramai ku bersendiri,
berserah aku takkan lari,
walau aku dibayangi mimpi duniawi.
terima kasih saudara saudari,
kalian aku ingati,
walau aku tak diingati,
aku ingin ke tempat tinggi,
tetapi ada yang bersuara dengan nada keji,
perlukah aku pedulikan mereka ini?

Saudara


jelikkah aku pada pandanganmu?
umpama aku membunuh perasaanmu,
hanya dibaluti kebencian dan amarah yang tertinggi,
maafkan aku,
sebagai pendatang yang tak pernah terundang,
kedatanganku hanya memenuhi citarasa mu,
kau buka gaya langkahmu,
tak akan ku ekori caramu itu,
terima kasih aku ucapkan,
kerana gunakan aku di waktu sukarmu.
aku rela kerana saudara.

Dinihari


suasana hening,
sejuk,
dingin malam membelenggu,
lingkupan selimut melebar,
tenang walau dalam kelam.
namun,
aku tersedar,
hidup ini tenang,
walau apa jua masalah mendatang,
kerana sudah lumrah menjadi seorang
orang.

biar


rasa ini kian mati,
ingin ku lari,

pujukan duniawi
tak henti mencari,

rela dicaci,
hina diri ini?