Satu sikap yang pasti dan wajib kita sebagai manusia miliki. Benar. Ada sahaja orang yang zuhud dan tidak pentingkan diri. Tapi cuba kira berapa ramai. Sueuh semua angkat tangan. Dua kali kedip mata pun tak sempurna bilangan itu melainkan nabi dan ulama yang benar-benar yakin dengan Tuhan.
Aku. Seorang yang penuh perasaan pentingkan diri. Ikutlah dalam apa sahaja hubungan yang terbina. Manusia mana yang tak punyai kepentingan hawa nafsu?
Penting diri ini ada dua.
Pentingkan diri sendiri agar sentiasa dapat apa yang aku mahu.
Pentingkan diri sendiri agar sentiasa dapat aku jaga hati orang yang pentingkan diri.
Kebanyakannya, aku lebih ke arah penting diri baris yang ke dua itu. Ya. Tipulah kalau aku tidak langsung ada yang pertama itu. Tapi harus aku akui aku sekarang sedang penat untuk jaga hati orang yang pentingkan diri. Aku cuba gagahi diri aku untuk semua itu supaya tidak ada calar secalit pun yang berbekas di hati orang-orang ini.
Tak kiralah orang itu ahli keluarga malah abah atau ma aku sendiri mahupun kawan-kawan, dan juga kawan baik aku sendiri. Aku semacam mengiyakan sahaja kehendak diorang. Lemah bukan?
Kalaulah engkau yang baca ni ada di tempat aku. (Tapi mesti dalam hati sekarang tengah giat mengkritik aku kan?) Dialog tu mesti berbunyi "Eleh, padahal kau tu yang pentingkan diri sendiri, selama ni aku jaga hati kau mana kau peduli."
Aku menulis entri bukannya mahu menjadi 'attention seeker'. Tetapi sekadar perkongsian agar hati ini dapat meluruhkan beban yang maha berat dan tidak mahu lagi kesayuan bergelandangan dalam diri aku ini.
Inilah alam maya. Dunia lain bagi aku. Aksara beraksi saat rasa sunyi dan ingin menyendiri tetapi mahukan sedikit ekspresi. Inilah aku. Bukan si maksum.