March 7, 2014

Dial

Pagi-pagi lagi ingat kamu
Entah kenapa ingat kamu
Padahal kamu masih asyik
dengan dunia kamu
Berlagak biasa tidak kejar dunia
Tapi hala kamu sama sahaja

Kamu dengan ralitnya
Membusuk dengan ilmu
Membahas logik di akal kamu

Aku ini jahil
Mustahil
Keliru hak dan batil
Tak terkejar dunia hari
Tetapi tidak juga mahu kalah
Aku cuba menghambat baki masa
yang tertinggal
Sedikit sahaja aku nampak depan sana
Kabur,
kamu,
dan juga masa hadapan yang samar.

Teringat kamu
Bila kali terakhir,
aku ketik nombor telefon kamu?
Aku ingin padamkan.