March 30, 2014

Kerana apa? Teruskan

Aku harus akui yang setiap entri aku bermula dengan tajuk lepas tu baru aku fikir idea. Itu cara aku.

Kali ini, harus aku akui lagi. Ruangan ini masih sangsi untuk berdiri. Entah kenapa begitu. Aku tidak tahu.

Harus lagi aku akui, aku ini seorang yang pendengki. pembenci dan pelbagai aura negatif yang ada banyak tersemat dalam diri aku.

Tulisan ini di ruangan yang begitu bebas ini kadangkala membuatkan aku tidak ada hala. Tidak seperti manusia, tidak juga seperti binatang. Jawapan ringkas, aku bukan malaikat. Jadi, pilihan menjadi syaitan lebih terbuka luas. Menjadi syaitan dengan tulisan bukanlah sesuatu yang power atau awesome sangat bagi aku.

Tapi, penulisan merupakan satu ekspresi kepada aku. Kalau diperhatikan satu-satu setiap entri yang lepas macam-macam sudah aku jadi.

Aku jadi pemuisi.
Aku jadi lelaki.
Aku jadi perempuan.
Aku jadi suami.
Aku jadi isteri.
Aku jadi ustaz dan juga ulama.

Aku ada bakat untuk kesemuanya. Tapi bukan itu sangat pun yang aku nak. Aku hanya mahu tulis seperti perihal yang ditulis oleh orang lain. Rasa ingin juga jadi orang lain. Rasa seperti juga mahu jadi orang berilmu yang menyebarkan dakyah walaupun merapu. Itu bukan salah aku. Itu salah orang lain bukan? Atau pembaca sendiri? Atau nak salahkan Tuhan kerana takdir-Nya?

Enak rasanya ada dunia sendiri bukan?
Macam-macam ada.
Dunia itu wang
Dunia itu wanita
Dunia itu kuasa
Dunia itu senjata
Dunia itu aksara
Dunia itu ... sambung sahaja apa yang kau rasakan selesa atau bahagia atau sedih atau kesal atau benci atau apa-apa sahaja. Ini dunia sesama kita.