March 25, 2014

Musim Bunga

Tempoh hari, sedunia riuh
Sang Zalim jatuh melepuh
dihentam, dilanyak kapal manusia
yang bersungguh-sungguh,
demi adiksi menghapuskan rejim zalim;
misi berjaya.

Ketika itu,
bunga arab kembali mekar di tanah gersang
syahadah mematikan petualang.
Dipilih pemimpin yang mengetuai keamanan.
Dipilih pemimpin yang menghala keimanan.

Beberapa tempoh, sekali lagi jatuh.
Kali ini yang dipilih tidak tahan mengawal
lalu bunga-bunga bertebaran,
luar kawalan.
Adiksi terus berlari
sekali lagi;misi berjaya.

Tempuhi hari ini,
Yang merancang keamanan
turut dibiarkan jatuh.
Bersungguh-sungguh dijudikan nyawa.
Dirempuh rejim yang naik kembali,
angkuh, dengan pemain baharu yang lebih agung.
Mengambil sendiri ratusan nyawa
dalam masa dua hari.
Ratusan nyawa itulah bunga,
bunga yang mengandungkan agama dalam jiwa.

Termangu memikirkan nasib hari-hari
Fitnah dan mati menjadi ruji.
Tunggu sahaja masa aku ini.
Masa kita nanti.

-Tribut kepada :
Islam
Ikhwanul Muslimin
Mesir
529 hati & jiwa.
Al-Fatihah kepada saudara dan sendiri.