March 17, 2014

Gadis Litup Biru

Aku mensi dia dalam alam maya.
Ada yang bertanya khabar adakah itu benar atau khayalan masa rekaan aku sahaja.
Terus-terang aku katakan benar.

     Seorang gadis berkacamata. Litup biru, aku kira itu mungkin kegemarannya. Nampak seri wajahnya bila dia mengenakan rona itu. Biru tua lembut. Adakah itu kegemarannya atau adiksi aku sahaja? Atau adiksi aku kepada warna sahaja? Hanya Tuhan yang tahu.

     Ingat lagi kali pertama bertentang mata, aku masih ingat senyuman terukir seperti menggambarkan satu rasa selesa di riak wajahnya. Sentiasa berkacamata. Baris gigi yang elok terletak bersamaan bibir yang nipis sekaligus menjentik hati muda masa itu. Aku suka tatapi adegan itu. Awalannya, aku anggap kamu ini seorang yang biasa sahaja. Peduli apa aku dengan biasa atau tidak. Yang penting, kamu telah bikin aku ingin sentiasa senyum.

     Dulu kita sepasukan, berpisah sementara dan tidak bekerja bersama. Kini kita masih sepasukan. Aku sedikit canggung kerana luahan aku di alam maya seakan dapat dibaca oleh beberapa orang teman. Sepertinya mereka terperasan atau kamu sendiri yang perasan lalu tertimbul persoalan terus diajukan kepada teman-teman. Aku kaget dalaman, tapi cuba menstabilkan amukan perasaan segan keterlaluan itu. Aku mencuba untuk tenang. Aksi aku seperti tiada apa namun jiwa merusuh. Tapi rusuhan ini bukan mencari musuh atau mencari gaduh tetapi andai kasih ianya sungguh, takkan aku menangguh.

Ini bukanlah konfesi yang nyata. Tapi hanya luahan sengaja direka agar menjadi panduan kepada mereka yang menduga.
Cubalah teka mana satu si litup biru kalau mahu tahu.

Dia setuju atau tidak setuju, aku tidak mahu tahu. :D