June 10, 2013

Sarat

Jiwamg karat.
"Kau kena kuat. Sekuat harimau". Aku cuba imbau kenangan yg akan lemau. 
Siapa saja akan suka kalau kau senang dengannya. Kau rasa dia terima apa saja hamburan kata-kata kau. Baik, buruk, putih, hitam, legam sekalipun tetap kau akan rileks. Biasa. Macam dia mesin yg setia dengan kau.
Tapi kau kena mula sedar perihal dia. Perihal yg dia juga manusia. Punya nyawa, darah mengalir hingga akhir, perasaan berbaur pelbagai tona dan rona. Kau tak boleh set dia jadi yg lain kecuali kau ada kuasa Tuhan yg kau boleh ubah dia sesedap selera makan kau. Satu lagi, perihal dia punya rasa.
Kau manusia dia manusia. Bahan buatan dari material yg sama. Cuma hati dan perasaan kau tak boleh cipta untuk berkiblatkan keistimewaan yg sama.
Aku sedang mencuba untuk tidak menjadi saintis dengan ujikaji diri aku untuk disapu kimia supaya serasi dengan kau.
Aku sedaya-upaya mencuba. Lupa.