October 8, 2014

23

Dua puluh tiga.
Nombor yang power juga la. Macam nombor jersi David Beckham masa pindah Real Madrid dulu. Siap jadi pemain termahal dunia pada masa tu.

Dua puluh tiga.
Aku search kat google dia bagi result filem Jim Carrey yang keluar. Aku baru tau. Cerita tu genre thriller psikologikal.

Dua puluh tiga.
Kalau ditukar ke sistem masa dua puluh empat jam akan jadi pukul sebelas malam.

Dua puluh tiga.
Ada manusia yang dah ada ijazah pada umur dua puluh tiga tahun. Tak tau la macam mana hidup diorang yang rajin sangat belajar ni. Haha
Ada yang baru bertunang.
Ada yang bernikah.
Ada yang dah beranak.
Ada yang berbisnes.
Ada yang masih belajar (sebijik macam aku).
Ada juga yang menganggur.

Apa ada pada dua puluh tiga bagi aku?
Dua puluh tiga haribulan Rabiul Awal (lebih kurang seribu empat ratus dua belas tahun / seribu empat ratus tiga belas Hijrah) aku dilahirkan [Kebetulan].

Gila betul bila google wish birthday. Kakakakaka


Apa makna dua puluh tiga sekarang bagi aku?
Aku masih gigih (cuba) meniti usia ini dengan menuntut ilmu untuk dunia dan juga untuk akhirat, insyaAllah (doakan diri sendiri).
Aku cuba melata di bumi ini dan mengenali riak perasaan insan-insan yang aku jumpa.
Ada yang gembira dengan kewujudan aku dan semestinya ada yang kecewa dengan aku.
Semua itu adalah perasaan.
Ada yang menggembirakan aku dan juga ada yang mengecewakan aku.
Semuanya perihal hidup, norma, karma dan balasan dari Tuhan.
Aku cuba hidup secara neutral dalam kalangan manusia dan birokrasi yang penuh hipokrit walaupun dengan cara yang baik proses itu dilihat di mata manusia.
Memanglah kita semua tak sempurna dan tak lepas dari noda dugaan dunia serta dosa.
Tapi, kenapa kita tidak mengenang pahala yang sudah bertimpa sebagai motivasi untuk lebih meraih pahala itu lagi?
Itu hanya pertanyaan sahaja. Jawab guna hati dan juga akal.
Tiada siapa bisa merawat keterlanjuran umur tatkala kita berharap masa dapat diundur.
Terlajak perahu boleh diundur, terlajak umur tua begitu sahaja.
Aku cuba meniti usia seneutral mungkin.

p/s: 'terlajak laris' gua fuck!