October 2, 2013

Sempit

Aku lupa bila masa
Masa aku jengah musim baharu
Sekarang merangkak masa ke tengah musim
Masih cuba rasai dengan fizik aqli
Pelan-pelan aku jamah apa ada dalamnya

Jerih
Payah
Susah
Sedih
Tekanan
...
Suka
Gembira
Uja
Hanya sekejap sahaja
Sambung balik dengan yang aku jamah tadi
Baru aku rasa nikmat orang menjadi tua.
Itu adalah proses.
Positif.