April 30, 2013

Asabiyah

Merantau adalah job baru aku, study pulak kerja sepenuh masa tapi setiap waktu itu aku membuang dengan tenang masa-masa remaja-muda-dewasa sekarang. Apa yg aku tau dalam 5 hari tersebut aku perlu melangkah ke klas untuk mencari lmu pengetahuan dunia..
Dalam kelas aku ada beberapa sahabat handai yg memang ok, ada yg kcik,besar, tua, muda, bergaya, menawan, sopan, santun dan hal tersebut terselit jugak yg rare (tapi bukan jenis Kak Ton la).
Demikianlah pmerhatian aku.
tapi, dalam atmosfera bising seperti 'konspirasi bising internasional'-OAG tersebut ada jugak halwa yg menjentik gegendang hamba yg hina ini.
Asabiyah/Etnosentrik/Berpuak-puak dan mungkin byk lagi term yg kerap dipakaikan kepada 'puak' aku yakni budak Kelantan.

Picisan seperti aku telah dgr sejak berada di alam pakaian uniform putih hijau lagi. Tapi, waktu itu aku di tanah aku sendiri dan tak mengerti lagi untuk menjamah term-term itu. Aku banyak disogokkan dengan drama-drama Melayu/Malaya dan tidak terlepas untuk menonton filem the lejen P.Ramlee sejak dari pandai alif ba ta,ABC,123 lagi...perkara tersebut banyak membantu aku untuk hadamkan pendapat picisan tadi.
Bagi aku salah yang amat bagi orang berstereotaip sedemikian. Aku bantah. Aku bangkang.

Pertama, aku adalah budak Kelantan. Hidup aku dari 0 hingga 20 tahun dibawah jagaan bonda Rahimah dan bos besar Mustapha. Sederhana susah je hidup aku dgn mereka serta adik-beradik yg perangai pelik-pelik. Tapi pelik-pelik dan susah mana pun familiabang aku yang kedua antara lejen dalam kampung dapat masuk U. Pengalaman dia aku jadikan panduan da pedoman untuk belajar. Sekarang giliran aku dan aku tak lejen seperti beliau.

Eh, dah macam cerita epik pulak. Pasal asabiyah dengan abang aku sorang ni ada kaitan yg rapat jgk la. Abang aku ni bekas mahasiswa UM dan aku selalu la jgk update hidup dia sbagai plaja U. Apa yang aku perhatikan, dia langsung tak kekok untuk berkawan dengan budak2 negeri lain malah budak2 tersebut makin rapat dengan dia. Dipendekkan cerita, ada satu kisah time cuti sem ke mid-sem, ingat2 lupa pulak, abang aku bawak balik beberapa kawan dia untuk kembara di bumi 'budu'. Abah dan ma aku orang yang paling teruja dan aku tak tau kenapa. Sebaik sahaja abang aku bersama gerombolannya tiba, hidup aku seperti dianaktirikan. Abah ngan ma asyik melayan gerombolan tu je..

Setelah beberapa hari stay kat umah aku, gerombolan mereka blah. Aku nampak kawan-kawan abang aku da macam orang kelantan. Selepas habis cuti tersebut, aku pun contact abang aku untuk bertanya khabar. Perbualan kitorang diakhiri dengan pesanan abang aku, 'kawanlah dengan sesiapa pun tak kira di mana kita, bantulah mereka saat ada masa dan ketika, mungkin dengan cara itu sahaja mereka knal akan kita, bukan hanya untuk bergembira sahaja.'

Cerita ini hanya cerita benar+palsu+tokok tambah+hati aku.