July 25, 2012

Iftar

i.
ramai saudara mara tidak terkira,
berbuka bersama memang 'gegak gempita',
si kecil dengan gerombolan mereka,
remaja dengan mewah mereka,
yang belia tak lekang berceritera,
si tua menjamah lima biji kurma murah,air kosong,
terkadang dapat merasa air dicampur perisa.

ii.
itu sang keluarga gembira,
si kosong diluar sana hanya mencari serambi,
memang merendah diri kerana tidak berharta,
tubuh-tubuh lemah diheret semampu-mampunya,
semakin waktu berbuka mendatang mampir,
dia gembira tidak terkata,
kerana wajib ada juadah tersedia,
itupun sumbangan saudara-saudara seagama.
(ada yang ikhlas mahupun sekadar menempa nama)

iii.
aku temasuk kedua-dua di atas.
mencari makna ketika iftar.
menunggu sahur subuh.
diulangi setiap hari begitu.
setiap hari memang begitu.