May 14, 2011

Saudara


jelikkah aku pada pandanganmu?
umpama aku membunuh perasaanmu,
hanya dibaluti kebencian dan amarah yang tertinggi,
maafkan aku,
sebagai pendatang yang tak pernah terundang,
kedatanganku hanya memenuhi citarasa mu,
kau buka gaya langkahmu,
tak akan ku ekori caramu itu,
terima kasih aku ucapkan,
kerana gunakan aku di waktu sukarmu.
aku rela kerana saudara.