Masih sibuk aku menelaah papan kekunci melunaskan kerja jemari aku terhenti pada satu gambar memori seorang yang mungkin digelar bakal isteri atau sekadar penyejuk hati kala sunyi. Aku cuba perhatikan watak yang nyata dalam imejan itu, sopan, lembut dan ceria. Tidak pernah sekalipun dia menganjurkan mimik muka tidak selesa dalam sekeping foto. Entah di mana perasaan risau, celaru, buntu dia sisipkan. Sekadar merenung kisah hidup aku sendiri yang tiada siapapun yang mahu peduli. Mungkin kerana aras letak rupa ini tidak tersohor seperti mana-mana pujaan malaya. Ah, biarkan sahaja. Aku lebih tertarik dengan jalan yang diambilnya. Tenang melawan masa yang sememangnya adil dan patuh kepada setiap individu, cuma manusia itu sendiri mengabaikan waktu. Ya, seperti aku yang sedang membatu keras gambaran masa hadapan aku. Aku nilaikan momen ini sebagai tanda ingatan kepada diri yang sentiasa lupa diri di mana letaknya aku dalam dunia yang memang sukakan 'dunia' ini. Aku juga bukanlah seorang yang teguh pendirian dan mudah untuk dipengaruhi. Mudah untuk aku menuding jari kepada mana-mana badan organisasi atau manusiawi sendiri. Tudingan itu semacam merengek dan tidak merestui apa yang telah dan bakal jadi. Memang aku malu kepada saudari saudari yang sibuk bergaul mesra dengan tahu batasannya. Tapi, aku masih manusia yang cuba meleraikan emosi yang sudah lazim digauli dengan nafsu serta hasad dengki. Biarlah tiada yang peduli pasal hakikat hidup yang bakal ditempuhi. Bagi aku, jalannya pasti ada untuk aku tempuhi. Jika tiada jalan untuk aku menapak gagahkan diri. Hanya Ilahi.
December 28, 2013
Lupa
Aku bangun pagi
Aku cuba menikmati
Sedikit sebanyak aku selidiki hari
Rasa-rasa manusia mana aku jumpa?
Lupa
Manusia semua pelupa
Kala hari sombong begini
Manusia hanya mampu diamkan diri
Lupa
Manusia tidak perlu pembantu
Tika kaki sendiri memikirkan hala yang sedikit buntu
Tiada siapa berani menyapa aku
Mungkin ini mereka mereka mahu
Gunakan aku dikala tangan tak sampai menggapai bulan
Guna akal aku untuk mewakili marhaen yang kepincangan
Lupa
Asal saja laku aku ditabrak salah terus aku ditikam hancur
Usai solat jemaah aku dijemur di balai bersalah
Perasaan aku ke kamu sedang dijarah-tarah dan memikul nanah
Lupa sekali aku yang kamu itu manusia.
Manusia yang hanya tahu gembira banyak,
hingga hati aku koyak
Manusia yang tahu sedih sedikit terus menolak perit
Lupa aku perihal kamu
yang ternampak lebih ilmu dari aku
Maafkan aku sebab terlupa aku bukan manusia di mata kamu.
Adanya kamu buat aku seperti ingin beradu sendiri
Eloknya kamu juga sendiri
Terlupakan aku lagi.
December 27, 2013
Rezeki dan Realiti
Minggu study week ni memang perasaan asyik melayang je(walaupun sama je minggu mana pun). Jadi, time tengah study(kononlah) aku terasa nak call ma aku nak tanya khabar. Aku call dengar ma jawab dalam keadaan mengah-mengah. Aku ingat dia bizi, rupa-rupanya dia cakap dia sedang jogging(jalan-jalan tengok suasana kampung). Bagus betul ma aku ni dan aku paham, tapi kenapa jogging pukul 9pagi? Biasanya lepas subuh je dia jogging.hmmm Tiba-tiba ma aku tanya tak tau lagi ke kisahnya. Aku cakap la kisah apa yang aku tak tau. Dia cakap ramai lagi orang tak tau, cuak rasanya ayat ma aku ni. Aku dah fikir yang bukan-bukan dah, berdebar bak hang.
"Ma nak gi umrah" ma aku kata dengan rileks.
"Alhamdulillah..." tarik nafas panjang. Aku ingatkan mende la saspen sangat.
"Bila pergi?" aku tanya untuk tau sempat jumpa dia ke tak.
"Dua puluh sembilan haribulan satu, sempat la jumpa," dia rileks lagi.
"Owh.ok.Alhamdulillah sempat jumpa dan kena jaga abah lagi," habislah aku kena masak nasik nanti.haha
Lepas berbual dengan ma aku borak dengan abah. Aku tanya, kenapa abah tak join walaupun aku dah agak jawapan dia. Dia cakap dia pergi la, kalau ade orang tolong rajin-rajin tolak kerusi roda dia.haha
Kesian pulak ke abah ni, harap-harap ma aku doa biar abah dapat berjalan dan kitorang tiga orang boleh pergi umrah sekali.huhu
Jadi, lepas call diorang aku sambung study walaupun sikit-sikit. Exam seminggu lebih je lagi dan aku tak tau macam mana nak handle sebab semester ni agak berat bagi aku walaupun aku ambik tiga paper je. Aku juga sedang gigih mencipta peluang dan ruang untuk berkarya dan mencari rezeki secara underground. Aku harap abah tak akan tahu pasal aku rajin menulis dan mengarut di alam maya ni. Bukan hipokrit, tapi tak nak diorang kecewa dengan gaya aku ni.
Lain yang diorang fikir lain yang aku buat pun tak boleh pergi jugak.
December 23, 2013
Pasti Tak Pasti
Pagi begini hujan lagi,
rindu dendam berkecamuk.
Ingin sahaja aku biar hati ini mereput
dibasahkan sahaja hati ini sehingga hujan berhenti kering.
Pagi ini hujan lagi,
kamu bagaimana?
Masih menipu hati sendiri
atau masih setia kesetiaan?
Pagi itu hujan lagi,
aku mahu tanya lagi
Hidup kamu dan aku,
adakah pasti?
Aku pasti kamu pasti.
Aku tak pasti kamu.

December 22, 2013
Hubungan Tidak Berkabung
Mata Sazali menahan kantuk dan cuba melawan arus adat malam. Dia bukan jenis yang sukar tidur atau diganggu puaka mahupun saka. Tapi dia gelisah semenjak dua hari yang lepas. Dia membelek-belek beberapa himpunan cerpen yang usai dibelinya sewaktu keluar ke bandaraya bersama-sama teman karibnya.
Cerpen-cerpen itu bagai membadaikan lagi kegelisahan Sazali kerana cerita itu menggamit sebuah rasa yang pasti sudah di agak oleh pembaca novel cinta yang tegar, yang sudah kita maklum novel penulis Melayu yang plot dan flow hampir sama. Tapi, Sazali bukan peminat novel cinta yang tegar kerana dia seorang yang berjiwa batu dan tidak kisah tentang cinta. Novel yang diajar dibangku sekolah pun tidak pernah dia katamkan inikan novel cinta mengarut dan ketebalannya ada yang boleh mengalahkan senaskhah Quran.
Sazali meneruskan bacaan himpunan cerpen itu, tiba-tiba Sazali makin terasa perasaan gelisah itu menghantui dirinya di waktu tengah malam begini. Sazali capai telefon tangannya dan mengetik mesej dan dia hantar kepada seseorang dengan harapan orang itu memberinya harapan. Beberepa minit mesej balas sampai, Sazali dengan penuh uja membaca mesej itu sepatah demi sepatah dihadam perkataan yang tertera. Tahap kegembiraan Sazali mula terpancar selepas membaca mesej itu. Dia tidak menyangka bahawa mesejnya dibalas dengan penuh rasa bahagia.
Sazali tidak sabar untuk berjumpa dengan orang yang telah buat hidupnya rasa teruja. Hanya beberapa minggu saja lagi Sazali bersabar sebelum berjumpa dengan orang yang buat dia gembira. Orang itu akan menunggu di tempat orang ramai yang sibuk bergembira selepas penat zahir dan batin berjuang demi sekeping kertas yang tak menentukan arah hidup Sazali sendiri.
Orang itulah yang akan setia menunggu Sazali setiap kali Sazali menjejakkan kaki ke tanah asalnya dan Sazali akan bermalam di rumah orang itu. Bagi Sazali, orang itu masih ada dalam hidupnya walaupun orang itu pernah silap dalam percaturan hidup remajanya. Sazali tahu, menyesal kemudian tidak berguna dan Sazali juga pernah bebrbuat silap. Sazali tidak akan lupa orang itu kerana orang itulah rakan sepermainannya ketika dia masih di bangku sekolah rendah dan banyak benda yang buat Sazali gembira ketika usia muda itu.
Abangnya itu akan sentiasa menjemput Sazali setiap kali cuti semester. Sazali telah belajar sesuatu yang penting, saudara tetap akan kekal saudara walaupun masing-masing sudah ada hala, cuma sedikit komunikasi dan sedikit prihatin perlu ada bagi memantapkannya. Siapa lagi yang mahu diharapakan kalau bukan saudara sendiri.
Sazali sangat berterima kasih kepada Tuhan dan Sazali ingin cepat bergraduasi kerana ibu dan ayahnya sedang asyik menahan rindu ingin bertemu.

Subscribe to:
Posts (Atom)