April 9, 2013

janggal

awal mulanya
kau biasa

pertengahannya
kau biasa-biasa

klimaksnya
aku yang biasa

akhirnya
bila?

siapa kau sebenarnya?
apa fungsi kau?
makin hari makin menjadi
fungsi kau makin jelas
tapi,
aku janggal
reaksi kau biasa sahaja.

April 7, 2013

masa yang bodoh

tiba masa 
mereka merasa
rasa gembira
rasa risau
rasa marah
rasa dan rasa
pelbagai perkara
yang dirasa

waktu sedang tiba
hati-hati
tohmah fitnah
umpat cela
caci maki
caca marba
betapa bodoh masa ini

masa ini
kau peganglah talimu
jangan kau tumpahkan
ombak yang sia-sia
ombak yang mendajalkan
haru biru wilayahku 
dengan umpanmu itu.

Wilayah adalah maruah
tidak boleh berbalah
atau tumpah darah.

Penakut(bukan Yuna)

Hari bersilih ganti
Kerahan infantri fitnah maki
Marhaen menagih simpati
Seliaannya ikut hati yang mati
Anak-anak isteri goyang kaki
Tapak kaki tidak berkesan pergi

Hari yang dinanti tidak dinanti
Risau hari membelah naluri
Marhaen asyik menagih simpati
Tempoh tamat dinanti tamat
Riwayat marhaen asyik kian pudar
Muhukah mereka pandangan kabur
Dendangan perwira latar tabir
kian mudah terdengar
Curut,cigar mudah dihadam
Sampah media tinggal baki
Marhaen tadi makan sisa dan baki

Hari ini kau pilih ikut kata
pembantu kaya itu
Kemahuan marhaen dituruti
Itupun kerap kau didakwa kecut perut
Bergilir-gilir
Marhaen syukur dan ucapan
terima kasih dipalu
Bisamu bukan hilang
Malah disimpan
Kau susunkan barisan empukmu
yang dinodai mewah harta benda
tetapi gelaran paling atas
kau penakut.

bacul

kau berasa benar
apa ucapan,luahanmu
saat hati bermain 
seperti matang
kau lupa 
kau menumbuk rusuk hati manusia

manusia 
nipis hatinya
kaca jiwanya
tisu fikirannya
botol akalnya

darah mudamu menderum enjin nafsu
halal kau cari
matlamat kau hinakan diri
akhirnya
tanggung belahan mulutmu
hirisan kata-kata bacul yang
dulu kau berani sembur.

October 5, 2012

Baju Melayu Bertemu Baju Kurung


(permintaan cik azlin anora)
Tampan si teruna berbaju Melayu,
ayu si dara berbaju kurung,
segak sungguh teruna Melayu,
hingga si dara tergila bayang(konon).

Sejak zaman dahulu begitu,
Mungkin adat si fulan Melayu,
Nilai sopan asyik dimanja,
Para teruna dara terus teruja,terleka.

Menjengah alam seterusnya,
Ibu bapa remaja makin khayal,
Nafsu si dunia membungkam jiwa,
Asyik mengharap dusta amal.

Setitik sebelanga kalu tak terjaga,
Tidak bermakna semuanya sama,
Mungkin tersilap menabur gula,
Garam dicubit terlebih rasa.

Jangan ditakwil sebarang masalah,
Kerana muda sentiasa menjengah,
tinggi agama sentiasa dipunggah,
iman di hati wajiblah gagah.

‘Kampung’ sebelah cukup indah,
Kerana kata minda penjajah,
Lawan sebenar terus bertindak,
Iman yang kukuh takkan berganjak!