March 30, 2014

Kerana apa? Teruskan

Aku harus akui yang setiap entri aku bermula dengan tajuk lepas tu baru aku fikir idea. Itu cara aku.

Kali ini, harus aku akui lagi. Ruangan ini masih sangsi untuk berdiri. Entah kenapa begitu. Aku tidak tahu.

Harus lagi aku akui, aku ini seorang yang pendengki. pembenci dan pelbagai aura negatif yang ada banyak tersemat dalam diri aku.

Tulisan ini di ruangan yang begitu bebas ini kadangkala membuatkan aku tidak ada hala. Tidak seperti manusia, tidak juga seperti binatang. Jawapan ringkas, aku bukan malaikat. Jadi, pilihan menjadi syaitan lebih terbuka luas. Menjadi syaitan dengan tulisan bukanlah sesuatu yang power atau awesome sangat bagi aku.

Tapi, penulisan merupakan satu ekspresi kepada aku. Kalau diperhatikan satu-satu setiap entri yang lepas macam-macam sudah aku jadi.

Aku jadi pemuisi.
Aku jadi lelaki.
Aku jadi perempuan.
Aku jadi suami.
Aku jadi isteri.
Aku jadi ustaz dan juga ulama.

Aku ada bakat untuk kesemuanya. Tapi bukan itu sangat pun yang aku nak. Aku hanya mahu tulis seperti perihal yang ditulis oleh orang lain. Rasa ingin juga jadi orang lain. Rasa seperti juga mahu jadi orang berilmu yang menyebarkan dakyah walaupun merapu. Itu bukan salah aku. Itu salah orang lain bukan? Atau pembaca sendiri? Atau nak salahkan Tuhan kerana takdir-Nya?

Enak rasanya ada dunia sendiri bukan?
Macam-macam ada.
Dunia itu wang
Dunia itu wanita
Dunia itu kuasa
Dunia itu senjata
Dunia itu aksara
Dunia itu ... sambung sahaja apa yang kau rasakan selesa atau bahagia atau sedih atau kesal atau benci atau apa-apa sahaja. Ini dunia sesama kita.

March 29, 2014

Majlis Ilmu

Sekarang makin ramai majlis ilmu yang dianjurkan. Ada sebahagian manusia cakap-cakap yang ini adalah trend. Setiap program ada agenda tersendiri dan matlamat yang mahu dicapai.

Minggu ni tempat aku dihadiri oleh ulama besar nusantara. Beberapa minggu lepas aku diberitahu oleh kawan aku perihal ini. Aku terkejut sebab idola nak datang dan pada masa yang sama, masa ulama tu nak datang aku terlibat dengan program yang agak grand. Kawan aku asyik tanya aku ikut program yang mana sebab dia tahu aku minat dengan cara ulama tu. Dengan tenang dan bersahaja aku jawab aku akan sertai program yang satu lagi. Ramai jugak yang hairan kenapa aku pilih jalan tu. 

Truly, aku memang sedih gila tak dapat pergi program bersama ulama tu. tapi apakan daya, program yang aku join telah dirancang terlebih dahulu, sejak semester lepas berbanding program ulama tu yang dirancang sebulan lebih sebelum ni rasanya.

Aku bukan taknak meraikan ulama tu, tapi dah memang program aku join tu dah dirancang awal-awal, aku ikut je la walaupun ada ahli jawatankuasa ajak aku blah dan join program bersama ulama tu. Aku rileks je sebab aku fikir hati kita lagi penting.

Bayangkanlah, kau join program ulama tu semata-mata mencari kemasyhuran. Macam mana kau rasa? Bangga? Riak? Aku bukan nak mengutuk program. Aku jugak taknak kutuk orang yang ajak aku, tapi ini sebagai respon dan refleksi aku. Aku tau program tu bagus. Asal nama program tu berkaitan input ilmu, memang peneman sejati kita, malaikat kanan, akan selesa mencatat amalan kita.

Program yang aku join tu biasa-biasa sahaja selai selebriti yang dijemput.  Selebriti jemputan pun orang kenal melalui televisyen. Aku sendiri pun tak berapa kenal dengan tetamu tu berbanding ulama yang datang tu. Eleh, yang ulama tu pun korang kenal sebab tengok tv takpun kawan-kawan kau kenalkan.

Apa-apa pun aku nak pesan ke diri aku ni supaya bawa hati yang tenang dan lapang ke mana majlis tu. Kalau terpaksa dan untuk kemasyhuran. Maaf. Aku malas. Aku perati je lepas ni gambar-gambar yang akan memenuhi alam maya dengan suasana berbeza disamping selfie secara individu atau berkumpulan oleh 'ustaz' dan 'ustazah'. Itu yang aku rasa bila awal-awal ikut program ilmu, asyik mencari jurugamabar ataupun orang ajak bergambar. Sekarang sila kirim salam melainkan aku betul-betul ditarik atau dipaksa takpun kesian dengan kawan-kawan. 

Belajarlah untuk malas dalam perihal tertentu

Allahummasolliala Saiyidina Muhammad!.

March 25, 2014

Musim Bunga

Tempoh hari, sedunia riuh
Sang Zalim jatuh melepuh
dihentam, dilanyak kapal manusia
yang bersungguh-sungguh,
demi adiksi menghapuskan rejim zalim;
misi berjaya.

Ketika itu,
bunga arab kembali mekar di tanah gersang
syahadah mematikan petualang.
Dipilih pemimpin yang mengetuai keamanan.
Dipilih pemimpin yang menghala keimanan.

Beberapa tempoh, sekali lagi jatuh.
Kali ini yang dipilih tidak tahan mengawal
lalu bunga-bunga bertebaran,
luar kawalan.
Adiksi terus berlari
sekali lagi;misi berjaya.

Tempuhi hari ini,
Yang merancang keamanan
turut dibiarkan jatuh.
Bersungguh-sungguh dijudikan nyawa.
Dirempuh rejim yang naik kembali,
angkuh, dengan pemain baharu yang lebih agung.
Mengambil sendiri ratusan nyawa
dalam masa dua hari.
Ratusan nyawa itulah bunga,
bunga yang mengandungkan agama dalam jiwa.

Termangu memikirkan nasib hari-hari
Fitnah dan mati menjadi ruji.
Tunggu sahaja masa aku ini.
Masa kita nanti.

-Tribut kepada :
Islam
Ikhwanul Muslimin
Mesir
529 hati & jiwa.
Al-Fatihah kepada saudara dan sendiri.

Patah Sayap

Aku tidak gagah
bila dibandingkan dengan kamu

Ini pula aku terkhabar yang tidak enak,
yang tidak elok
Perginya kamu aku tidak tahu
Ke mana hala kamu aku tidak tahu

Tiba-tiba orang bicarakan
perihal kamu
Tentang masalah kamu,
semua buntu.

Tidak ada walaupun sedikit rujukan
Setelah belasan malam hati-hati muram.
Sekian lama disulam suram, akhirnya
telah dijumpai satu garisan, titik tidak bertanda.
Kamu lumpuhkan seluruh raga keluarga.

Nada doa dan hiba mengiringi gemalai hari ini.
Hanya Tuhan yang erti.
Kerana Dia ialah Alimi.
 Jadi,
Jangan menangis bila aku tiada nanti.

-Tribut kepada MH370

March 22, 2014

Adik Dilemma



Apa perasaan kau sekarang adik?
Baik-baik sahaja.

Apa kau buat sekarang adik?
Teringatkan jodoh yang tidak kesampaian.

Kau sedih ye adik?
Ye.
Jodoh tidak kesampaian.

Siapa yang sampaikan jodoh adik?
Tuhan.
Wallahua’lam.

Ditujukan kepada adik angkat yang sedikit frust :)
Suhaiza.
2329,230214,CEMPAKA,UNIMAS

Ziarah

Bibit rindu mulai timbul

Detak rindu mulai terabur
Tambah lagi perkhabaran uzur
Rindu kian menganjur
Harap harapan tak gugur
Biarlah aku dahulu yang terkaku bujur

Begitupun kerisauan
Aku sempat lagi ziarah
Bukan temu mata
Tapi jelmaan suara melepaskan hela
Beban yang tak tertanggung
Memenuhi paru-paru muda
Yang juga bakal tua
Yang juga bakal diziarahi orang tua dan sanak saudara.

0836,210214,CEMPAKA,UNIMAS

Teman



“Nyawa aku memang panjang bila kita ungkit pasal usia.”

Saudara saudari,
Apa fungsi aku bila ada di sebelah kamu?
Fungsi aku bila di sebelah kamu, menggembirakan kamu.
Apa fungsi kamu bila kamu di sebelah aku?
Fungsi kamu bila di sebelah aku, menggunakan apa yang aku ada.
Aku tidak seperti orang kebanyakan
yang bijak memakan sayuran
yang romantik bila susun madah perkataan

Aku hanya biasa,
jadi teman kala kamu buntu
jadi syaitan bila tiada kamu
Aku tidak terburu-buru, cuma keliru apakah nawaitu kamu
bila wujudnya aku.

2314,230214,CEMPAKA,UNIMAS

Kosong



Tidak sepertinya hari biasa
Hari ini kosong
Lohong buang masa tercipta

Kerana apa ya?
Kelas ilmu tiada
Aku bermalasan di kubikel bujang
Yang mana aku langsaikan dengan hutang

Tetap aku isi lohong itu
Aku baca karya saudara-saudaraku
Hasilannya aku cipta ini
Yang tak mungkin
kamu, dia, ataupun mereka bilang
“Puisi apa ini?
Serupa celaka.”

1841,210214,CEMPAKA,UNIMAS