October 23, 2013

Buku Buatan Tangan

Buku buatan tangan adalah medium terbaru untuk aku cuba.
Cara ini aku rasa ada sedikit kepuasan yang aku akan dapat.
Selain itu, kreativiti juga turut diserlahkan semata-mata untuk buku ini.
Audien juga ada pasang surutnya.
Jadi, ini juga merupakan pengalaman yang boleh ditempa sama ada untuk berkarya, berkawan, berpeminat dan lain-lain.
Peminat ni bukan medium untuk jadi tersohor walaupun pada realitinya memang macam tu.
Tapi, aku nak kalau ada yang minat, sama2lah luahkan apa bakat yang ada.
Bertukar pendapat, perselisihan pemikiran dan banyak lagi boleh dibuat dengan adanya akal serta bakat yang tersedia.
Tak perlu nak menghukum sesiapa.
Diam itu lebih elok untuk perkara yang aib atau buruk.
Aku rasa semua patut mencuba untuk medium atau benda yang baharu,macam yang aku sedang buat.

October 14, 2013

InsyaAllah

Akanku sampaikan.
Akanku rampaikan.
Akanku korbankan.

October 12, 2013

Mungkin kemungkinan

Mawar mekar.
Kumbang kekar.
Dua-duanya 'tak segar'.
Tak seperti di fikirkan fikiran.

Atur Satu-satu

Lirik,
Tersirat
Selirat,
Seribu 
satu
Mimik,
Yang 
penuh
Tanda, 
parut 
dan 
rangka
Wajb 
ada.
Tak 
kira
Aku
Atau
Dia.
Kenapa?
Sebab,
Kita,
Belajar 
Bersama.

Hala Salah Jalan Cinta

"Matikan cinta untuk senggama,
Sambung cinta bila inzal raih dijelma."

Malam

Ok.
Kerja
Mana manusia?
Hadam kantuk
Tidak wujud
Tapi,
Bakal dirilis
Tidak sedar
Malam digilis hari
Ok. Malam.

#UNIJAYA, 0300#

October 5, 2013

Kantuk

Satu malam 
dua malam 
kau
aku
tahankan
Siapa sangka bermalam-malam 
gagah untuk tahankan
Tidak segagah itu, kau tahu?

Kau lupa pada yang lebih gagah
Betapa payah untuk gagah berdiri hadapkan hati raga dan jiwa
Syukur aku masih gagah.

Syukur Tuhan Yang Maha Gagah.

Pandu

Kawan
aku penat

Kawan
memang aku sihat

Kawan, tapi
aku juga manusia

Kawan
kau juga rasa jadi manusia

Kawan
maafkan aku
aku penat

Penat memacu arah tuju
Selama ini aku yang sibuk memacu
tapi,
Aku bukan halakan tujuanku
Aku ikut haluan permintaanmu.

Pegang pemacu ini kawan
Biar kau rasa, sedikit sahaja
Bagaimana lelah memenuhi kudrat
pabila kita
sukarela memandu
paksarela melulu.

Syukur aku tahu memandu.
Kau ada aku, kawan
Kau ada aku.

October 2, 2013

Sempit

Aku lupa bila masa
Masa aku jengah musim baharu
Sekarang merangkak masa ke tengah musim
Masih cuba rasai dengan fizik aqli
Pelan-pelan aku jamah apa ada dalamnya

Jerih
Payah
Susah
Sedih
Tekanan
...
Suka
Gembira
Uja
Hanya sekejap sahaja
Sambung balik dengan yang aku jamah tadi
Baru aku rasa nikmat orang menjadi tua.
Itu adalah proses.
Positif.