September 23, 2013

Pilih

Selepas seorang pulang seorang lagi datang.
Datang terus ditatang.
Masa tersebut diisi dengan misi tanpa dihalang.
Aku hampir gunakan sepenuhnya masa bujang
bukan hanya untuk bertelanjang dengan si jalang.
Aku hampir gunakan si jalang untuk buaskan kudrat binatang.
Tapi,
hadirnya si jalang sebagai orang.
Ditatang dengan kasih peluh dan rembesan sayang.
Kasih dan sayang ada pada binatang.
Kasih dan sayang ada pada orang.
Jadi kau;
orang atau binatang?

September 18, 2013

Sugul

Saat aroma hujan masih banjir menikam kolam kemalasan.
Aku sedang angkuh berlawan.
Lawan dengan kawan, lawan dengan lawan, lawan dengan kerajinan, lawan dengan kemusykilan, lawan dengan kejahilan, lawan dengan ihsan, lawan dengan...
Tapi tak mampu untuk aku melawan Tuhan.
Tolong dan menolong;
dengan izin Tuhan akan tertolong.

SAMAR

Putera. Aku adalah seorang putera yang dilahirkan serta ditumpah darahkan oleh kedua orang tua aku di tanah Miskin. Abah aku seorang yang kuat iktikad agamanya dan mak aku seorang isteri yang patuh kepada ketua keluarga. Namun aku, aku anak yang paling muda dalam kalangan tujuh anak-anak mereka. Manja.
§   
“Dah solat?” Sapa abah tatkala aku asyik menonton kartun kegemaran lewat petang.
“Belum. Cerita tak habis lagi. Lepas habis cerita ni orang solat.Ok?” Jawab aku selamba sambit punat membesarkan volum peti televisi Panasonic 27’
“Ok. Tapi solat tu wajib. Tuhan tahu, dengar dan lihat. Penglihatan Tuhan tidak samar.” Abah berlalu dan sempat ‘mengheret’ abang-abang aku yang memang ‘setia’ menunggu abah sebelum berrangkat menuju Tuhan di rumah-Nya. Aku tersenyum melihat muka mereka penuh palitan cuka. Terpaksa.
§   
            Itu ceritera anak manja tahun 90-an dahulu purba dan jahil kala. Sekarang, aku sudah cecah puluhan tahun. 20-an sahaja. Aku juga sudah dan sedang menjengah alam menara gading di kejauhan dari tanah tumpah yang menjadi impian dan kebanggaan abah dan mak aku serta sedikit tujahan moral daripada adik beradik yang lain.
Pesan abah sebelum aku berangkat untuk menuntut ilmu,hari tu “Kau jangan lupa Tuhan, nanti Tuhan lupakan kau,” penegasan kepada anak ‘manja’ ini lagi, “Kalau kau lupa Tuhan, abah pun kau lupakan!”. Aku senyum tanda jelas. “Selamat tinggal”.
            Jam di paparan henfon menunjukkan pukul lima setengah pagi. Wanda, rakan sekelas dan perempuan pertama aku kenal di universiti, masih nyenyak tertiarap di atas badan jantan aku. Nikmat setiap malam ‘bersama’ dengannya sehingga dia lupa masalah ayahnya yang penuh samar mencari Tuhan.
§   
Mak baru saja call, tandanya hampir subuh. Saban hari daripada hari pertama masuk universiti mak atau abah akan kejutkan aku. Aku tidak pernah ponteng subuh berjemaah. Sebab Wanda adalah makmum aku.

Usai solat, Wanda betanya, “Bila kita nak kawin?”. Aku senyum macam biasa.

Terpilih oleh penulis SERONOK.

September 11, 2013

KawinKawan

Kau ingat senang nak kawan?
Bukan mudah nak kawin tau.
Kau bina atas dasar suka dan selesa.
Selesa itu ada masanya.
Suka itu kekadang hambar rasanya.
Rasa-rasa?

Tapi,tu bukan pagar untuk benihkan radang orang-orang tua.
Masih ada masa sebab adanya orang tua-tua.
Kata hikmah dan laknat mereka dah macam iktikad.
Jadi,
usahalah kawan.

September 10, 2013

SyukurTuhan

Habis berapa ribu juta trilion sekalipun,
ingatlah.
Mengada-ngada tak elok sangat wahai insan.
Kita ada Tuhan. Tuhan hantar kawan. Silakan.