August 20, 2013

Klimaks

Aku tak tahu mana harus aku tuju.
Aku cuba cari,
aku singgah,
mengah.
Aku terus.

Macam2 teknik aku cuba,
aku kembara melata,
jumpa dia aku cuba,
jumpa yang satu lagi aku cuba,
ada yang sudah biasa,
ada yang baru rasa,
ada yang  baru jumpa terus cuba,
mereka (cuba) rasa nikmatnya.
Tapi ada yang terus tangguh lalu tolak,
geli, jelik dan gedik barangkali.
Mereka tak mahu buat.

Klimaks.
Aku terus buru. Buru2?

August 19, 2013

Halakan Bala

Tanah Arab mandi lagi,
makin hari makin busuk perut isi,
terus menerus mereka mandi,
air keruh sumber dari butir mortar dan akses lain
kita perhati.

Simpati.

Doakan agar senjata sentiasa ada,
kalau bukan untuk mereka,
untuk kita,
sebab kita yang berdoa.
Kitalah seagama sehala, halakan bala.

August 6, 2013

Mutakhir

Detik waktu terus berjalan merangkak berlari-lari anak dan sebagainya.
Aku hambat sedih bulan ini bulan lepas dan lain kali dengan usaha diri sendiri.
Bukan aku riak bongkak sombong meninggi tapi cuba dengan hati.
Hati mana nak peduli setakat lelaki asing yang muka tidak sejambu pan-asia, korea jepun.
Tapi tetap ada isi nurani mengalir sedang menunggu lagkahan kaki lelaki ini.
Sedih yang aku hambat itu memang perlu, sebab aku telah disedarkan sedih sia-sia itu oleh makhluk yang menjadi hamba Tuhan yang satu.
Mana aku nak letak muka?
Tak perlu benda itu, kau ada Tuhan yang satu
Taat pada yang satu, tak kira ramai mana pun kau nak berapa ribu batu orang yang kau mahu.
Tuhan akan bantu. Tapi rahsia.
Sekarang berbahagialah dengan orang-orang yang ada, kenal, tahu aku.
Mintak restu.

Harapan

bulan itu orang panggil lapar dan dahaga,
itu orang yang tak berterima kasih kat Tuhan.

bulan itu tangga rumah Tuhan penuh,
seminggu tinggal separuh,

bulan itu sibuk orang bercangkul amalan baik,
semua nak kejar pahala berganda,

padahal kita hamba Tuhan,
kita sibuk berhambakan malam,
sibuk bangun naik lapan atau 20 pusingan,
yang mana satu Tuhan di atas?

sedarlah ataupun cuba sedar
dia, kau, mereka, semua.
aku pun sama.

tapi,
bagi aku tak sama,
yang sama adalah seperti tahun sebelumnya.
aku sia-siakan.

aku tandakan soalan sama
jika aku dan bulan itu masih dijodohkan oleh Tuhan.
terus aku harapkan harapan.