July 6, 2013

Rantau

Semalam di perantaun,
walaupun sehari,
kawan-kawan tetap ada,
bersama walau sementara,
sementara itu mungkin selamanya.

Sekelumit masa seluruhnya digunakan.

Kali ini gembira,
Jumpa dan temui orang soalnya sama,
hatinya sama, jiwanya sama, perjuangan yang juga sama,
walau pelbagai strata citranya,
hala tetap sama.

Mencintai dan dicintai. 

Rasa iii

Apa yang aku rasa sebenarnya?
Seorang ayah yang hanya dipedulikan ketika anaknya ingin meminta wang saku ke sekolah.
Lebih sedih apabila anak itu meminta untuk menokok nilai wang saku itu.
Padahal hal itu tak membantu apa-apa pun kepada aku.

Walaupun amat berat hal itu,
anak tersebut tetap anak aku
Jadi,
aku sentiasa ada sama ada dipeduli atau tidak.
Itulah gunanya aku ketika satu waktu dahulu.