July 31, 2012

Sensitiviti

sang aduhai...
petang benderang,
macam ingin berperang,
perang dengan orang-orang,

adakah seleraku sensisitif?
imanku positif,
rutinku ikut tentatif,

jiwa kacau atau hati risau,
dalam sedar terus mengigau,
terkenangkan engkau,

engkaulah kerja,
engkaulah manusia,
selera kedua-dua berbeza,
nada aku bergurau,
nada kau penuh risau.

July 30, 2012

Sahur, bazar dan mercun

mata melawan arus,
lawan diusahakan untuk makan,
telingkup si pembawa tidak ingin diusik,
sedang asyik pergi mari,
bilal sudah memanggil,
tubuh sejuk menggigil,
terus khayal-khayalan dalam buaian,

terik panas teguh dilawan,
baik jejaka mahupun perawan,
basah peluh tidak terendahkan,
nafsu-nafsu hati asyik menekan,
yang jahil terus memanggil,
ada yang malu terus membugil,
kopiah dismpan rapi untuk menjamah aksi,
yang bijak terus melabur agar tidak kabur,
rugi bagi yang tidak pandai,
rezeki jangan ditolak,
dosa terus mencari,

saf dirapatkan,
imam memulakan,
terus diaminkan,
makmum berteriakan,
perut-perut jenayah malas,
si hafiz melunakkan melodi,
yang mana hanyut,teruskan
ada yang melempar batu,
bergegar iman yang berbaris,
asyik baik yang dicari,
sang jahat yang dilatih
terus ke mari,
hari-hari,hari -hari.

itulah celoteh sahur,bazar,dan mercun diri.

July 25, 2012

Iftar

i.
ramai saudara mara tidak terkira,
berbuka bersama memang 'gegak gempita',
si kecil dengan gerombolan mereka,
remaja dengan mewah mereka,
yang belia tak lekang berceritera,
si tua menjamah lima biji kurma murah,air kosong,
terkadang dapat merasa air dicampur perisa.

ii.
itu sang keluarga gembira,
si kosong diluar sana hanya mencari serambi,
memang merendah diri kerana tidak berharta,
tubuh-tubuh lemah diheret semampu-mampunya,
semakin waktu berbuka mendatang mampir,
dia gembira tidak terkata,
kerana wajib ada juadah tersedia,
itupun sumbangan saudara-saudara seagama.
(ada yang ikhlas mahupun sekadar menempa nama)

iii.
aku temasuk kedua-dua di atas.
mencari makna ketika iftar.
menunggu sahur subuh.
diulangi setiap hari begitu.
setiap hari memang begitu.

Puasa

Setahun demi setahun
hari menjelajahi hari
saat ke saat

ada banyak gelagat
ada ingin terasa hebat bila tiba masanya
ada yang separuh gembira
ada yang separuh sedih
ada yang bahagia
ada yang tenang
ada yang baru ingin bermula
ada yang baru ingin bersua muka
ada yang berniat menjejaki tangga rumah-Nya
ada yang masih malas ke rumah-Nya
ada yang wajib tambah rezeki
ada yang menambah rezeki haram
ada pelbagai gaya,cara.

tapi,
syukur wajib bagi kita
setiap tahun tak perlu sama
kini tahun yang lain.
caranya mesti lain.
sentiasa bersyukur!
Aku baru ingin belajar apa erti syukur,
setelah sekian umurku seperti si jahil yang amat.
MOGA-MOGA DIPERMUDAHKAN.

Doa

Tidak pasti ia dimakbulkan oleh-Nya atau tidak
yang pasti kita sentiasa berusaha berdoa
tidak pasti apa yang patut diminta
tapi Dia sentiasa mendengar

ingin aku utarakan kenyataan
aku baru sedar tentang doa
betapa hinanya aku
Kekasih Dia tidak lekang berdoa kepada-Nya
aku?
aku tidak lekang ke sana ke mari
kadang-kadang tidak tahu tujuan

sekarang setiap tujuan aku ingin berdoa
itu niatku
harapan aku agar tidak lekang berdoa
harapan aku agar harapan ini sentiasa jelas.