March 29, 2012

Kepadanya

hitam putihnya kau kena terima,
kau jauh dari keluarga,
ibarat permata kaulah penjaga mereka,
susah payah kau sahaja,

sekarang kau menuju ke menara,
usah berpaling semula,
terus mendongak ke sana,
biar cabaran bertimp-timpa,

sebagai sahabat sebagai teman,
tak pernah akan dilupakan,
kata-kata nasihat teladan,
curahan rasa yang dikeluarkan,
keluh resah dan tekanan,
jangan biarkan ia menelan,
teruskan perjuangan selagi kau bernama,
insan dan makhluk ciptaan Tuhan.


selamat semuanya:kepada SitiNurulAnisah